Cerpen : Amukan Rimba #3

Baca kisah sebelum : Amukan Rimba #2

Suram. Dengan sedikit cahaya yang terpancar dari lampu-lampu kecil di dinding aku menapak perlahan. Berhati-hati seperti seekor kucing yang sedang menyelinap untuk mencuri makanan. Ada ketika kelihatan serangga berterbangan melalui cahaya. Ternyata aras bawah fasiliti ini hanyalah tempat untuk memunggah. Hanya ada tong-tong dan kotak kotak yang tidak diketahui apa kandungannya.

Aku menuju kearah salah satu tong yang paling hampir dan agak tersorok. Hitam, berkilat seperti tong yang biasa ditemui di pusat servis kereta. Kuteliti luaran tong itu. Kelihatan seperti tong itu mengisi bahan cecair, kimia mungkin. YA tepat! Aku pasti tong ini mempunyai kimia, selepas mataku tertumpah ke atas sekeping kertas. Tertulis dengan cetakan bold perkataan MUTAGEN!

Bangsat bangsa mana yang mahu mengubah DNA?

Aku menapak pula ke tingkat atas. Tangga yang diperbuat daripada besi itu kudaki perlahan. Takut jikalau bunyi derapan tapak kakiku menarik perhatian penghuni fasiliti ini.

‘Huh. Penghuni. Tempat apa ni. Sunyi sepi macam bilik mayat je.’ detik hatiku.

Setibanya di platform aras kedua kelihatan seperti ada sebuah bilik. Turutkan rasa hati mahu sahaja aku redah pintu bilik itu, tetapi memikirkan keadaan sekeliling yang masih baru dan mungkin merbahaya aku pegun seketika.

‘Huuh’ nafas kuhembus.

Keberanian mula terbina. Aku memulas perlahan tombol pintu itu. Kukuak kedalam. Bilik. Ianya sebuah bilik biasa yang mempunyai katil bujang, sofa dan peti ais kecil. Tetapi siapa yang mendiami bilik ini. 

Mystery will remain mystery, unless somebody solve it.’kata hatiku memberikan sedikit motivasi untuk menenangkan diri. 

Ku kelilingi bilik kosong yang berdebu itu. Tiada umat yang mendiami bilik itu. Dibawah katil pun hanyalah ada timbunan sampah dan kertas surat khabar lama yang tersusun rapi. Kugapai salah satu surat khabar itu. Muka utama menunjukkan berita mengenai penyelidikan Mutagen yang dihentikan kerana merbahaya. 

‘Oh artikel ini mungkin berkaitan dengan misteri ini.”gumam ku.

Aku memasukkan artikel itu kedalam backpack ku. Aku kemudiannya mendekati peti ais kecil bertentangan dengan katil tersebut dan membukanya. Terdapat beberapa susunan rak tabung uji didalamnya. Ku gapai salah satu tabung uji yang mengandungi cecair berwarna violet itu.

“Anak! Kau datang akhirnya anak. Kau ditakdirkan untuk membantu ku” suara garau seorang lelaki menusuk gegendang telingaku. 

Aku terkaku, tabung uji yang kupegang terjatuh keatas lantai lalu pecah dan memuntahkan isi kandungannya. 

“SIAPA KAU! SIAL!!” laungku.

Guruh berdentum, dan titisan hujan kedengaran membasahi bumi. Lebat.

 

 

 

“Oh mai. Oh Mai. Medoi Medoi, dah dah. Den dah penuhkan tuntutan nafsu kalian untuk harini. Sok lusa aku sambung.”-Jarjams

Tepek sebarang komen korang kalau korang rasa nak maki ke carut ker. Im a newbie dalam bidang mencarut ni!

Advertisements

Cerpen : Amukan Rimba #2

Baca kisah sebelum : Amukan Rimba #1

Tergamam. 

‘Ini bukan kerja manusia. Ini kerja binatang.’ aku menghampiri jasad Burn yang terkulai layu.  

Deruan adrenalin memancut laju. Keringat mula memercik sedangkan keadaan sekeliling gelap, sejuk. Kuteliti jasad yang kaku itu. Nampak jelas seperti kesan pergelutan dengan binatang buas. 

‘Jika benar binatang buas, mengapa tidak terdengar sebarang bunyi pergelutan? Mana mungkin aku pekak!’ gumamku

Bau hanyir darah mula menusuk hidungku. Mual dan loya! Mengapa begitu banyak darah yang mengalir? Mengapa? Jasad Burn ku terbalikkan.

Masyaallah! Dada Burn dirobek, yang kelihatan hanyalah tulang temulang yang dibasahi darah. Kejam! Telahanku mengatakan ini bukan kerja manusia. Sebentar! Apa yang terpacak di bahu sahabatnya itu. Tranquilizer! Nampaknya seperti ada perkara sebenar yang perlu dirungkai! Mungkin tranquilizer itu digunakan untuk memengsankan mangsa.

Sial!

Siapakah dalang di sebalik kejadian ini. Mana perginya sahabatku yang lain! Mungkin mereka dalangnya atau mereka juga bakal menjadi mangsa kekejaman entiti yang masih tidak diketahui ini!

‘Bersemadilah dengan tenang Burn, aku akan dapatkan pembalasan untuk kau.’ getus hatiku sambil menutup jasad Burn dengan kain yang kudapatkan di kawasan perkhemahan.

Sebelum meneruskan pencarian Shaz, Ray dan Albert aku memohon perlindungan dari tuhan yang Maha Esa. Beberapa peralatan untuk mempertahankan diri juga kucapai. 

ARGH! Jahanam kemana pula arah makhluk itu? Cahaya lampu suluh ku fokuskan kearah denai disekeliling. Tapak kaki, ranting patah, rumput yang kelihatan baru dipijak kucari. 

Lantas kakiku menapak laju mengikut arah yang mungkin membawaku dengan apa yang kucari. Sehinggalah kutemui sesuatu yang amat memeranjatkan dan tidak logik didalam skop pemikiran manusia biasa!

Dihadapanku berdirinya sebuah fasiliti yang kelihatan seperti pusat penyelidikan. Apakah tujuan fasiliti yang besar dan kelihatan canggih itu di tengah hutan lapisan kanopi ini? Aku bungkam seketika.

‘Ah!! Persetan dengan persoalan yang berlegar. Pencarian harus diteruskan’

Aku mula melangkah kembali. Mencari ruang untuk menyelinap kedalam fasiliti itu. Langkah ku kali ini agak berhati-hati. Takut jika ada pengawal yang sedang memerhati sekeliling. Aku tidak mahu menjadi mangsa seperti Burn. Akhirnya kutemui pintu yang kelihatan agak renggang terletak berhampiran semak. Mudah untukku menyelinap tanpa disedari. Mungkin ada yang tidak perasan pintu itu tidak ditutup rapat.

Sejurus berdiri dihadapan pintu itu aku berhenti seketika. Dalam keadaan mencangkung aku mengintai disebalik cahaya yang menerobos keluar dari pintu itu. Tiada orang. Sunyi! Setelah mengumpul semangat seketika, aku menguis perlahan pintu itu. 

Fasiliti apakah sebenarnya ini? 

Ok afdhol aku berenti setakat ini- Jarjams

Pernah Terfikir Atau Tidak

Assalamualaikum.

Aku rasa topik ni mungkin akan ada orang yang tak suka. Golongan tertentu. Golongan yang menyebarkan dawah Islam. Bukan berniat nak mengutuk. Bukan tidak suka cara anda menyebarkan dakwah. Bukan nak buat anda yang tergolong dalam golongan ini MARAH.

Fewh.. Menggigil tangan taip

Sekarang kita semua tahu. Di Syiria dan Mesir apa yang berlaku.
Kita post kat fb. Kita tweet kat twitter, gambaran dan keaadaan mereka di sana.
Tujuan nak menyedarkan bangsa kita. Bangkit dari terus dibelenggu nikmat dan godaan yang berpunca dari keadaan sekeliling.

Tapi pernah tak terfikir.

Apa pulak nasib sahabat, kerabat, kaum kita dalam negara sendiri?
Pernah kamu ambil tahu tentang kemiskinan, cara hidup mereka yang berada di dalam tanah air kamu sendiri? PERNAH?? Kalau pernah Alhamdulillah.

Tapi pernah kamu gunakan keadaan di tempat kamu sendiri untuk dijadikan medium dakwah? Memang ada page dakwah yang sebarkan pasal keadaan negara kita. Tapi jumlahnya? Kurang.
Kebanyakan akan keep on posting  pasal keadaan negara Arab. Mengapa?

Bukankah lebih baik kalau kita post pasal keadaan negara kita. Apa yang kita nampak. Apa yang orang lain boleh nampak. Apa yang kita dan orang lain boleh bantu dalam negara kita sendiri. Bukankah lebih mendalam kesannya terhadap hati rakyat MALAYSIA?

“Korang ni asyik mintak sedekah je. Cuba cari kerja, Kamu tengok orang negara arab sana. Mereka lagi susah dari kita.”- Senah Ronggeng, pasar malam, 2013

Pernah tak kamu terfikir. Implikasi daripada kamu asyik post pasal keadaan mereka yang jauh tu buat masyarakat berkata macam ni kat orang miskin, gelandangan, golongan runtuh akhlak dalam negara kita. Perkataan MEREKA LAGI SUSAH DARI KITA lah yang memang sering akan dituju kat golongan macam mereka.

Ada yang hulurkan sedekah. Ada pula yang akan guna ayat macam atas tu. Yang bagi sedekah Alhamdulillah

Sedar tak kamu sudah menyebabkan hati mereka terguris. Kamu sedar tak kesan dari kamu kata macam tu buat mereka semakin jauh dari Islam. Mengapa aku cakap macam ni? Sebab bila ada orang tengok kamu post kesusahan mereka di tanah arab sana, diorang akan tanam dalam diri mereka orang arab sana lagi susah dari negara kita.

Ayat yang di bold kat atas tu memang betul. Tapi tak bermakna kita tak payah tolong masyarakat sendiri. 🙂

Ini hanyalah dari pandangan orang biasa yang ada je buat dosa. Buat silap. Bukan kaki masjid macam aku. Tapi aku sedar perkara macam ni yang terjadi kat dalam Malaysia. Betulkan aku kalau salah.

Tak salah dengan apa yang kamu buat.

Just my 2 cent. Apa yang boleh kita buat sekarang doakanlah kesejahteraan mereka di Malaysia yang tidak senasib dengan kita dan mereka yang sedang berjuang di Tanah Arab. 🙂

“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”-Jarjams

Cerpen : Amukan Rimba #1

Aku terus berlari
Tanpa pernah mengalih pandangan. Cemas. Dikejar sejenis makhluk yang tak jelas rupanya. Dari apa yang aku rasakan makhluk ini besar, berbulu, bermata merah.

Berlari tanpa arah, kejap ke kiri, keja ke kanan, Apa sebenarnya salah kami. Aku dan rakan-rakanku hanya datang ke tapak perkhemahan itu untuk menghiburkan hati. Seperti kelaziman mahasiswa universiti yang lain. YA! Kami remaja, pentingkan keseronokan.

Perkhemahan kami berjalan lancar pada awalnya. Khemah didirikan di kawasan pilihan masing-masing. Aku dan Albert memacakkan khemah kami dibawah pokok yang tidak kami ketahui namanya. Teduh dan lapang kawasan yang kami pilih. Shaz dan Ray pula memacakkan khemah mereka bertentangan dengan khemah ku.

“Albert dan Ray korang pergi cari kayu dan ranting kering, kita nak buat unggun api dekat sini.” arah Burn yang mengetuai perkhemahan ini.

“Burn aku dan Shaz pulak kena buat ape? We are ready to work!” soalku kearah Burn yang sedang menabur belerang disekitar kawasan perkhemahan kami.

Ok both of you, buat masa ni korang tunggu je dulu, lepas diorang tu balik, kita ambil air bersih kat sungai sebelah tu.” tegas Burn sambil mengacukan telunjuknya kearah sungai.

Aku dan Shaz mengangguk.

Masa berlalu, lima belas minit mencari kayu dan ranting kering, Albert dan Ray tiba. Kelihatan peluh mula terbit di dahi dan wajah mereka. Tugasan mereka selesai. Kayu dan ranting dilonggokkan di tengah tapak perkhemahan.

“Kamu berdua boleh berehat sekejap kat sini. Jaga tapak ni. Aku, Jim dan Shaz nak pergi ambil air sekejap. Sementara tu korang hidupkan unggun api ye.” kata Burn.

Kami bergerak menyusuri denai dan semak kearah sungai. Setiap daripada kami membawa botol kosong yang agak besar kearah anak sungai tersebut.

“Subhanallah cantik nyer pemandangan kat sini, air sungai ni pun jernih je” kata Shaz.

“Betul lah, bukan mudah nak jumpa tempat yang cantik macam ni zaman sekarang. Kalau ada pon banyak yang dah kotor.” tambah ku.

Burn tidak banyak bercakap, dia cuma mengarahkan kami agar cepat sedikit memandangkan hari semakin gelap. Selesai mengisi air kedalam botol kami pun bergerak pulang ke tapak perkhemahan.

Alunan bunyi cengkerik mula berkumandang. Kami bergerak pantas memandangkan hari sudah mula gelap. Bulan pula sudah mula menyinari kesunyian malam. Dalam perjalanan itu aku terpandangkan sesuatu. Seperti ada lingkaran mata yang sedang memerhati.

‘Ah imaginasi aku je ni’ hati yang gusar ditenangkan minda yang waras. Dalam masa yang sama aku berdoa agar perkhemahan kami selamat.

Tiba di khemah, Albert dan Ray menyambut kami. Unggun api sudah dinyalakan. Menjulang tinggi api yang dinyalakan setinggi perasaan ingin tahuku terhadap insiden yang berlaku sebentar tadi.

“Kamu semua sambung lah memasak. Aku nak kencing sekejap.” kataku kearah rakanku. Mereka mengangguk.

Aku bergerak kearah semak tidak jauh daripada mereka. Melunaskan tuntutan peribadi. Hak milik kekal.

Sekembalinya aku ke kawasan perkhemahan. Sunyi. Sepi. Aku bergerak ke arah unggun api. Menyelinap ke dalam khemah. Risau. Cemas. Perasaan ini menghantui ku.

“Albert, Sha, Ray, Burn. Mana korang?” laungku.

Sahutan ku bergema kembali menerobos kedalam gegendangku. Mungkin laungan ku sebentar tadi kuat.

Guys, its already dark. Jangan main-main”jeritku.

Hampa. Balasan tidak langsung kedengaran. Yang kedengaran hanyalah bunyi cengkerik dan kelawar malam. Sekejap!

Aku memejamkan mata. Menumpukan seluruh deria pendengaranku. Ya! Jelas. Kedengaran seperti derapan kaki melalui denai-denai berhampiran. Bunyi itu semakin menjauh.

Tanpa berlengah aku menuruti bunyi itu.

Aku terpaku. Tergamam dengan apa yang aku lihat!

Ya Allah. Apa yang telah berlaku kepada Burn!

Need to stop. Mata dah ngantuk. Sambung esok Inshaallah!

Sudut PandanganKu : Maksud Jimbit

Oh mak jemah. Jimbit tu ape mak jemah.

Jimbit itu abstrak. Tapi lebih kepada benda yang tak berapa baik. Pengganti kepada perkataan SIAL, BABI, LAHANAT, CB and other words relating bad thing, carutan. THIS IS MY ANALOGY!

So Jimbit ni agak menarik sikit digunakan sebab tak nampak kasar sangat. Plus sounds cute. OH MY! Kejimbitan apakah ini semua! <— nampaktak ke-cute-an perkataan JIMBIT tu disini.

Kalau tak silap aku istilah jimbit ni tak da orang tau siapa pencipta dia. Setahu aku lah!
Sebab aku sendiri tahu perkataan JIMBIT ni daripada rakan blogger yang lain. So perkataan ni tersebar dengan meluas kat media sosial terutamanya Facebook dan Twitter puih!! :p

Sensorang dalam rumah ni buat aku bosan. Bosan yang hamat jemah oi! So taip sesikit kat akaun worpress gua yang baru ni sambil layan benda-benda cute.

Oh ini cutemon. Cute sangat. Jantan tapi berhati lembut. Super healing kuasa dia dalam digimon X-ros wars

So cute la cutemon ni. Ok. Back to kejimbitan jimbit jimbit.

Kenapa aku pilih tajuk JIMBIT sebagai blog aku? Sababnya (jangan nak P.Ramlee sangat) aku selalu gak gantikan carutan aku ngan jimbit. Ekceli tatau nak campak tajuk apa lagi HIKSSS!!

So dekat blog aku yang ini akan kuluahkan segala perasaan tak tenteram, tak tenang, kucar kacir, humor kalau ada, Hope ada lah orang jejak blog hina aku nih. AUM! Ok jom main Candy Crush Saga!

“Kepala jimbit hang lah”- Jarjams