Cerpen : Amukan Rimba #1

Aku terus berlari
Tanpa pernah mengalih pandangan. Cemas. Dikejar sejenis makhluk yang tak jelas rupanya. Dari apa yang aku rasakan makhluk ini besar, berbulu, bermata merah.

Berlari tanpa arah, kejap ke kiri, keja ke kanan, Apa sebenarnya salah kami. Aku dan rakan-rakanku hanya datang ke tapak perkhemahan itu untuk menghiburkan hati. Seperti kelaziman mahasiswa universiti yang lain. YA! Kami remaja, pentingkan keseronokan.

Perkhemahan kami berjalan lancar pada awalnya. Khemah didirikan di kawasan pilihan masing-masing. Aku dan Albert memacakkan khemah kami dibawah pokok yang tidak kami ketahui namanya. Teduh dan lapang kawasan yang kami pilih. Shaz dan Ray pula memacakkan khemah mereka bertentangan dengan khemah ku.

“Albert dan Ray korang pergi cari kayu dan ranting kering, kita nak buat unggun api dekat sini.” arah Burn yang mengetuai perkhemahan ini.

“Burn aku dan Shaz pulak kena buat ape? We are ready to work!” soalku kearah Burn yang sedang menabur belerang disekitar kawasan perkhemahan kami.

Ok both of you, buat masa ni korang tunggu je dulu, lepas diorang tu balik, kita ambil air bersih kat sungai sebelah tu.” tegas Burn sambil mengacukan telunjuknya kearah sungai.

Aku dan Shaz mengangguk.

Masa berlalu, lima belas minit mencari kayu dan ranting kering, Albert dan Ray tiba. Kelihatan peluh mula terbit di dahi dan wajah mereka. Tugasan mereka selesai. Kayu dan ranting dilonggokkan di tengah tapak perkhemahan.

“Kamu berdua boleh berehat sekejap kat sini. Jaga tapak ni. Aku, Jim dan Shaz nak pergi ambil air sekejap. Sementara tu korang hidupkan unggun api ye.” kata Burn.

Kami bergerak menyusuri denai dan semak kearah sungai. Setiap daripada kami membawa botol kosong yang agak besar kearah anak sungai tersebut.

“Subhanallah cantik nyer pemandangan kat sini, air sungai ni pun jernih je” kata Shaz.

“Betul lah, bukan mudah nak jumpa tempat yang cantik macam ni zaman sekarang. Kalau ada pon banyak yang dah kotor.” tambah ku.

Burn tidak banyak bercakap, dia cuma mengarahkan kami agar cepat sedikit memandangkan hari semakin gelap. Selesai mengisi air kedalam botol kami pun bergerak pulang ke tapak perkhemahan.

Alunan bunyi cengkerik mula berkumandang. Kami bergerak pantas memandangkan hari sudah mula gelap. Bulan pula sudah mula menyinari kesunyian malam. Dalam perjalanan itu aku terpandangkan sesuatu. Seperti ada lingkaran mata yang sedang memerhati.

‘Ah imaginasi aku je ni’ hati yang gusar ditenangkan minda yang waras. Dalam masa yang sama aku berdoa agar perkhemahan kami selamat.

Tiba di khemah, Albert dan Ray menyambut kami. Unggun api sudah dinyalakan. Menjulang tinggi api yang dinyalakan setinggi perasaan ingin tahuku terhadap insiden yang berlaku sebentar tadi.

“Kamu semua sambung lah memasak. Aku nak kencing sekejap.” kataku kearah rakanku. Mereka mengangguk.

Aku bergerak kearah semak tidak jauh daripada mereka. Melunaskan tuntutan peribadi. Hak milik kekal.

Sekembalinya aku ke kawasan perkhemahan. Sunyi. Sepi. Aku bergerak ke arah unggun api. Menyelinap ke dalam khemah. Risau. Cemas. Perasaan ini menghantui ku.

“Albert, Sha, Ray, Burn. Mana korang?” laungku.

Sahutan ku bergema kembali menerobos kedalam gegendangku. Mungkin laungan ku sebentar tadi kuat.

Guys, its already dark. Jangan main-main”jeritku.

Hampa. Balasan tidak langsung kedengaran. Yang kedengaran hanyalah bunyi cengkerik dan kelawar malam. Sekejap!

Aku memejamkan mata. Menumpukan seluruh deria pendengaranku. Ya! Jelas. Kedengaran seperti derapan kaki melalui denai-denai berhampiran. Bunyi itu semakin menjauh.

Tanpa berlengah aku menuruti bunyi itu.

Aku terpaku. Tergamam dengan apa yang aku lihat!

Ya Allah. Apa yang telah berlaku kepada Burn!

Need to stop. Mata dah ngantuk. Sambung esok Inshaallah!

Advertisements

Tepekkan komen, cacian, makian, harapan semua yang patut ada

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s