Cerpen : Amukan Rimba #2

Baca kisah sebelum : Amukan Rimba #1

Tergamam. 

‘Ini bukan kerja manusia. Ini kerja binatang.’ aku menghampiri jasad Burn yang terkulai layu.  

Deruan adrenalin memancut laju. Keringat mula memercik sedangkan keadaan sekeliling gelap, sejuk. Kuteliti jasad yang kaku itu. Nampak jelas seperti kesan pergelutan dengan binatang buas. 

‘Jika benar binatang buas, mengapa tidak terdengar sebarang bunyi pergelutan? Mana mungkin aku pekak!’ gumamku

Bau hanyir darah mula menusuk hidungku. Mual dan loya! Mengapa begitu banyak darah yang mengalir? Mengapa? Jasad Burn ku terbalikkan.

Masyaallah! Dada Burn dirobek, yang kelihatan hanyalah tulang temulang yang dibasahi darah. Kejam! Telahanku mengatakan ini bukan kerja manusia. Sebentar! Apa yang terpacak di bahu sahabatnya itu. Tranquilizer! Nampaknya seperti ada perkara sebenar yang perlu dirungkai! Mungkin tranquilizer itu digunakan untuk memengsankan mangsa.

Sial!

Siapakah dalang di sebalik kejadian ini. Mana perginya sahabatku yang lain! Mungkin mereka dalangnya atau mereka juga bakal menjadi mangsa kekejaman entiti yang masih tidak diketahui ini!

‘Bersemadilah dengan tenang Burn, aku akan dapatkan pembalasan untuk kau.’ getus hatiku sambil menutup jasad Burn dengan kain yang kudapatkan di kawasan perkhemahan.

Sebelum meneruskan pencarian Shaz, Ray dan Albert aku memohon perlindungan dari tuhan yang Maha Esa. Beberapa peralatan untuk mempertahankan diri juga kucapai. 

ARGH! Jahanam kemana pula arah makhluk itu? Cahaya lampu suluh ku fokuskan kearah denai disekeliling. Tapak kaki, ranting patah, rumput yang kelihatan baru dipijak kucari. 

Lantas kakiku menapak laju mengikut arah yang mungkin membawaku dengan apa yang kucari. Sehinggalah kutemui sesuatu yang amat memeranjatkan dan tidak logik didalam skop pemikiran manusia biasa!

Dihadapanku berdirinya sebuah fasiliti yang kelihatan seperti pusat penyelidikan. Apakah tujuan fasiliti yang besar dan kelihatan canggih itu di tengah hutan lapisan kanopi ini? Aku bungkam seketika.

‘Ah!! Persetan dengan persoalan yang berlegar. Pencarian harus diteruskan’

Aku mula melangkah kembali. Mencari ruang untuk menyelinap kedalam fasiliti itu. Langkah ku kali ini agak berhati-hati. Takut jika ada pengawal yang sedang memerhati sekeliling. Aku tidak mahu menjadi mangsa seperti Burn. Akhirnya kutemui pintu yang kelihatan agak renggang terletak berhampiran semak. Mudah untukku menyelinap tanpa disedari. Mungkin ada yang tidak perasan pintu itu tidak ditutup rapat.

Sejurus berdiri dihadapan pintu itu aku berhenti seketika. Dalam keadaan mencangkung aku mengintai disebalik cahaya yang menerobos keluar dari pintu itu. Tiada orang. Sunyi! Setelah mengumpul semangat seketika, aku menguis perlahan pintu itu. 

Fasiliti apakah sebenarnya ini? 

Ok afdhol aku berenti setakat ini- Jarjams

Advertisements

Tepekkan komen, cacian, makian, harapan semua yang patut ada

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s