Cerpen : Amukan Rimba #3

Baca kisah sebelum : Amukan Rimba #2

Suram. Dengan sedikit cahaya yang terpancar dari lampu-lampu kecil di dinding aku menapak perlahan. Berhati-hati seperti seekor kucing yang sedang menyelinap untuk mencuri makanan. Ada ketika kelihatan serangga berterbangan melalui cahaya. Ternyata aras bawah fasiliti ini hanyalah tempat untuk memunggah. Hanya ada tong-tong dan kotak kotak yang tidak diketahui apa kandungannya.

Aku menuju kearah salah satu tong yang paling hampir dan agak tersorok. Hitam, berkilat seperti tong yang biasa ditemui di pusat servis kereta. Kuteliti luaran tong itu. Kelihatan seperti tong itu mengisi bahan cecair, kimia mungkin. YA tepat! Aku pasti tong ini mempunyai kimia, selepas mataku tertumpah ke atas sekeping kertas. Tertulis dengan cetakan bold perkataan MUTAGEN!

Bangsat bangsa mana yang mahu mengubah DNA?

Aku menapak pula ke tingkat atas. Tangga yang diperbuat daripada besi itu kudaki perlahan. Takut jikalau bunyi derapan tapak kakiku menarik perhatian penghuni fasiliti ini.

‘Huh. Penghuni. Tempat apa ni. Sunyi sepi macam bilik mayat je.’ detik hatiku.

Setibanya di platform aras kedua kelihatan seperti ada sebuah bilik. Turutkan rasa hati mahu sahaja aku redah pintu bilik itu, tetapi memikirkan keadaan sekeliling yang masih baru dan mungkin merbahaya aku pegun seketika.

‘Huuh’ nafas kuhembus.

Keberanian mula terbina. Aku memulas perlahan tombol pintu itu. Kukuak kedalam. Bilik. Ianya sebuah bilik biasa yang mempunyai katil bujang, sofa dan peti ais kecil. Tetapi siapa yang mendiami bilik ini. 

Mystery will remain mystery, unless somebody solve it.’kata hatiku memberikan sedikit motivasi untuk menenangkan diri. 

Ku kelilingi bilik kosong yang berdebu itu. Tiada umat yang mendiami bilik itu. Dibawah katil pun hanyalah ada timbunan sampah dan kertas surat khabar lama yang tersusun rapi. Kugapai salah satu surat khabar itu. Muka utama menunjukkan berita mengenai penyelidikan Mutagen yang dihentikan kerana merbahaya. 

‘Oh artikel ini mungkin berkaitan dengan misteri ini.”gumam ku.

Aku memasukkan artikel itu kedalam backpack ku. Aku kemudiannya mendekati peti ais kecil bertentangan dengan katil tersebut dan membukanya. Terdapat beberapa susunan rak tabung uji didalamnya. Ku gapai salah satu tabung uji yang mengandungi cecair berwarna violet itu.

“Anak! Kau datang akhirnya anak. Kau ditakdirkan untuk membantu ku” suara garau seorang lelaki menusuk gegendang telingaku. 

Aku terkaku, tabung uji yang kupegang terjatuh keatas lantai lalu pecah dan memuntahkan isi kandungannya. 

“SIAPA KAU! SIAL!!” laungku.

Guruh berdentum, dan titisan hujan kedengaran membasahi bumi. Lebat.

 

 

 

“Oh mai. Oh Mai. Medoi Medoi, dah dah. Den dah penuhkan tuntutan nafsu kalian untuk harini. Sok lusa aku sambung.”-Jarjams

Tepek sebarang komen korang kalau korang rasa nak maki ke carut ker. Im a newbie dalam bidang mencarut ni!

Advertisements

Tepekkan komen, cacian, makian, harapan semua yang patut ada

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s